'Warga asing cuba raih simpati ketika ditahan'

Antara motosikal yang disita JPJ Kuala Lumpur menerusi Op Pewa di sekitar Kampung Batu, Kuala Lumpur pada Khamis.
Antara motosikal yang disita JPJ Kuala Lumpur menerusi Op Pewa di sekitar Kampung Batu, Kuala Lumpur pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sudahlah menunggang motosikal tanpa lesen, tetapi cuba merayu dan raih simpati, itu antara tindakan penunggang motosikal warga asing selepas ditahan di sekitar Kampung Batu, di sini pada Khamis.

Operasi itu dijalankan pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur menerusi Op Pemandu Warga Asing (Pewa).

Ketika ditahan kira-kira jam 10 pagi, lelaki warga Myanmar berusia lingkungan 40-an itu yang bekerja sebagai pengutip besi itu mendakwa motosikal tiga roda ditunggangnya diperoleh daripada rakannya warga Indonesia.

"Kawan saya sudah balik kampung (Indonesia). Saya guna motosikal ini untuk cari muatan besi buruk," katanya.

Pemeriksaan lanjut pasukan operasi mendapati lelaki Myanmar itu merupakan pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).

Antara motosikal yang disita JPJ Kuala Lumpur menerusi Op Pewa di sekitar Kampung Batu, Kuala Lumpur pada Khamis.
Antara motosikal yang disita JPJ Kuala Lumpur menerusi Op Pewa di sekitar Kampung Batu, Kuala Lumpur pada Khamis.

Operasi bermula jam 8 pagi hingga 1 petang itu mendapati kebanyakan warga asing yang ditahan mengaku menggunakan motosikal yang disediakan majikan atau diperoleh daripada warga tempatan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Erick Jusiang berkata, pihaknya menyita 62 kenderaan dipandu warga asing tanpa lesen iaitu 58 motosikal, dua lori dan dua kereta.

Artikel Berkaitan:

“Sebanyak 422 notis (saman) dikeluarkan di mana kesalahan paling tinggi membabitkan lesen memandu sebanyak 204 kes.

"Selebihnya ialah tiada lesen vokasional (12), Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh (48), salah guna LKM (44), tiada insurans (46), kesalahan teknikal (66) dan lain-lain kesalahan (dua),” ujarnya.

Tambah Endrick, warga asing yang ditahan terdiri daripada warga Bangladesh seramai 16 orang, India (9), Pakistan (14), Kemboja (1) dan Myanmar (16).

Katanya, operasi terbabit turut melibatkan keanggotaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!