Manchester City himpit Arsenal
PENYANDANG juara Manchester City memberi tekanan kepada pendahulu liga, Arsenal selepas membelasah Brighton 4-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Komuniti American Express pada Jumaat.
The Citizens dibimbing Pep Guardiola membuka kempen gol di laman The Seagulls bermula dengan jaringan minit ke-17 yang dijana perancang, Kevin de Bruyne.
Gawang The Seagulls kendalian Roberto De Zerbi robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan minit ke-34.
Pemain Argentina, Julian Alvarez melengkapkan kemenangan bergaya pasukan pelawat apabila meledakkan gol keempat City pada minit ke-62.
Kemenangan ke-23 selepas 33 perlawanan itu menyaksikan Manchester City mengumpul 76 mata satu mata di belakang Arsenal (77 mata) yang lebih satu perlawanan.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!