LATAR tutup sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam

Pelan penutupan sementara jalan menghala ke Ijok/Kuala Selangor/WCE di kilometer 12.3 - 0.0 LATAR bermula pada Isnin depan.
Pelan penutupan sementara jalan menghala ke Ijok/Kuala Selangor/WCE di kilometer 12.3 - 0.0 LATAR bermula pada Isnin depan.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR) memaklumkan terdapat penutupan sementara jalan dari persimpangan Ijok ke persimpangan Puncak Alam, bagi kedua-dua arah selama empat hari bermula Isnin depan.

LATAR memaklumkan, penutupan itu dilakukan bagi memberi laluan pelaksanaan kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan (beam) bagi menyiapkan persimpangan ‘Eco Business Park V’ oleh pihak Eco World Development Group Berhad.

Menurut kenyataan itu, penutupan itu bermula minggu depan pada Isnin dan Selasa serta Khamis dan Jumaat dari jam 12.01 tengah malam hingga jam 5 pagi.

"Pengaktifan lencongan trafik akan dilaksanakan dari arah Kuala Lumpur/Rawang (LATAR) akan dilencongkan ke Jalan Kuala Selangor melalui persimpangan Puncak untuk ke Ijok/Kuala Selangor/WCE.

"Manakala trafik dari arah Puncak Alam menghala ke Ijok/Kuala Selangor/WCE (LATAR) akan dilencongkan ke Jalan Kuala Selangor," kata kenyataan itu pada Jumaat.

Kenyataan itu memberitahu, trafik dari arah Ijok/Kuala Selangor/WCE (LATAR) akan dilencongkan ke Jalan Kuala Selangor untuk ke Kuala Lumpur/Rawang.

Sehubungan itu, kenyataan itu memaklumkan, papan tanda arah sementara akan ditempatkan di lokasi utama di sepanjang Jalan Kuala Selangor bagi memberi panduan kepada pengguna lebuh raya.

Kenyataan itu turut menasihatkan pengguna jalan raya mematuhi isyarat papan tanda arah trafik sementara sebagai panduan dan langkah keselamatan.

Artikel Berkaitan:

"Pihak kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi dan segala perhatian dan kerjasama pengguna amatlah dihargai," tambah kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan lanjut, pengguna boleh menghubungi talian utama LATAR 03-6145 1515 atau wakil pemaju projek Azam Faliq Abdullah di 012-327 7398, wakil kontraktor utama Juang Setia Sdn Bhd Aris Rosly (012-334 0747) dan Pengurus Trafik Road Ark Sdn Bhd Mohamad Sabri Musa menerusi talian 013-219 2448.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!