PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN

Dominic
Dominic
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan turun padang bagi menyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), pada 11 Mei ini.

Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.

“Semoga PRK KKB ini menjadi kemenangan buat PN dan pada 11 Mei depan akan menjadi sebuah referendum rakyat kepada Kerajaan Madani,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN bagi PRK DUN KKB.

Khairul Azhari, 54, yang juga anak tempatan merupakan seorang ahli perniagaan dan pernah menggalas tugas sebagai Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (kiri) bersama Dominic (dua dari kiri), Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Pengumuman Calon PN PRK KKB di Bilik Gerakan Utama parti itu di Bandar Utama Batang Kali di sini pada malam Khamis.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (kiri) bersama Dominic (dua dari kiri), Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Pengumuman Calon PN PRK KKB di Bilik Gerakan Utama parti itu di Bandar Utama Batang Kali di sini pada malam Khamis.

Sementara itu, Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai turut merakamkan ucapan tahniah kepada Khairul Azhari yang telah dinamakan sebagai calon PN bagi DUN tersebut.

Ujarnya, PRK tersebut penting bagi parti berkenaan dan mengharapkan kemenangan yang besar nanti.

Artikel Berkaitan:

“Semalam, telah berlangsungnya Majlis Pengumuman Calon Perikatan Nasional PRK Kuala Kubu Baharu di Bilik Gerakan Oasis Seksyen 4 Batang Kali.

“Ramai pemimpin PN dan penduduk setempat hadir pada malam semalam. Ini adalah PRK yang amat penting bagi PN. Semoga PN dapat kemenangan yang besar pada 11 Mei nanti,” jelasnya lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!