Guru sebak dipeluk murid autisme

Linda (tengah) bergambar kenangan bersama anak muridnya di SK Alai selepas majlis perpisahan itu. Tangkap layar video seorang murid autisme memeluk Linda ketika majlis perpisahan yang diadakan di SK Alai pada Jumaat lalu (kanan).
Linda (tengah) bergambar kenangan bersama anak muridnya di SK Alai selepas majlis perpisahan itu. Tangkap layar video seorang murid autisme memeluk Linda ketika majlis perpisahan yang diadakan di SK Alai pada Jumaat lalu (kanan).
A
A
A

MELAKA - Seorang guru pendidikan khas di sebuah sekolah di negeri ini sebak dan tidak menyangka seorang murid autisme memeluknya pada majlis perpisahan yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Alai di sini, pada Jumaat lalu.

Ibu kepada empat orang cahaya mata, Norfazlinda Daud, 42, yang memuat naik momen itu di media sosial, TikTok beberapa hari lalu tidak menyangka perkongsian itu mendapat 10.4 juta tanda suka dan 543 komen.

Menurutnya, perkongsian itu dibuat sebagai kenangan memandangkan itu merupakan sekolah pertama dia mula mengajar selepas tamat pengajian pada tahun 2013 sebelum berpindah sebagai guru pendidikan khas di SK Banda Hilir pada 4 Mac lalu.

Katanya, turut terharu apabila video berdurasi 14 saat yang tular di media sosial mendapat reaksi positif dalam kalangan netizen.

"Saya sebenarnya tergamam dan tidak menyangka murid Tahun Tiga itu memeluk saya.

"Tindakan setiap anak murid ini berbeza-beza dan kita tak menjangka apa yang mereka nak buat," katanya ketika dihubungi di sini, pada Jumaat lalu.

Bercerita mengenai pembabitannya dalam bidang pendidikan Norfazlinda yang mesra dipanggil Linda berkata, dia mula mengajar sebagai guru sandaran tidak terlatih di SK Alai pada 2010 sebelum mendapat tawaran mengikuti Kursus Dalam Cuti melalui KPLI-KDC Pendidikan Khas setahun berikutnya.

Ujarnya, cabaran dalam mendidik anak-anak terutama murid pendidikan khas sentiasa ada namun itu yang akan menjadi pengalaman terindah sebagai warga pendidik.

Artikel Berkaitan:

"Sudah pasti saya sedih kerana itulah sekolah pertama saya namun di mana pun ditugaskan saya akan menjalankan amanah yang diberikan sebaik mungkin," katanya lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!