Sri Pahang FC sasar kedudukan tiga teratas

Mohammed Suffian
Mohammed Suffian
A
A
A

KELAB Bolasepak Sri Pahang (SPFC) menyasarkan untuk meraih kedudukan tiga teratas dalam saingan Liga Super musim 2024/2025.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPFC, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, sasaran itu dibuat berdasarkan gabungan pemain lama dan baharu yang diyakini membentuk skuad yang lebih mantap pada musim ini.

"Kalau dulu (musim lalu), Sri Pahang FC (Sri Pahang) berada di kedudukan lima Liga Super, pada kali ini, kita meletakan tiga kedudukan teratas Liga Super adalah yang terbaik

"Insha-ALLAH, dengan barisan pemain musim ini dan pengurusan pasukan, jurulatih, serta semangat, sokongan peminat setia Tok Gajah, kita dapat menjemalkan pasukan ini di tangga tiga teratas," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Jersi dan Pemain Sri Pahang musim 2024/25 di sebuah hotel di sini, pada Jumaat.

Hadir sama, Pengurus Tok Gajah, Datuk Dollah Salleh dan ketua jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad.

Pada musim baharu itu, SPFC mengumumkan kerjasama strategik bersama Voltra Pro dengan melancarkan jersi yang diyakini akan memperbaharui identiti dan pengalaman penyokong bola sepak Pahang.

Tiga jersi diumumkan itu ialah berwarna kuning dan biru, jersi beraksi di gelanggang sendiri diberi nama tempoyak yang bermotif makanan wajib warisan negeri Pahang.

Artikel Berkaitan:

Pemain Sri Pahang mengenakan jersi baharu pada liga super musim ini pada Majlis Pelancaran Jersi dan Pemain Sri Pahang musim 2024/25 di sebuah hotel di sini, pada Jumaat.
Pemain Sri Pahang mengenakan jersi baharu pada liga super musim ini pada Majlis Pelancaran Jersi dan Pemain Sri Pahang musim 2024/25 di sebuah hotel di sini, pada Jumaat.

Warna berani itu mencerminkan pelbagai ramuan dan rasa serta semangat kebersamaan komuniti.

Jersi kedua iaitu di gelanggang lawan berwarna coklat muda yang mengambil inspirasi kopi latte seperti secawan kopi sempurna yang membangkitkan semangat.

Seterusnya, jersi alternatif diberi nama Tok Gajah, yang diinspirasikan warna dan corak kulit gajah, melambangkan kemegahan dan kekuatan terutama apabila bertandang ke gelanggang lawan.

Dalam majlis sama itu, Sri Pahang turut memperkenalkan pemain dan pegawai yang akan membarisi skuad Liga Malaysia musim ini.

Mengekalkan khidmat Fandi sebagai ketua jurulatih, Sri Pahang akan diperkuatkan 19 pemain tempatan dan enam pemain import dengan sembilan daripadanya adalah pemain baru.

Mohammed Suffian berkata, nilai penajaan kerjasama strategik itu berjumlah melebihi RM1 juta, menandakan

komitmen serius Voltra dalam menyokong dan mengangkat profil Sri Pahang.

Jelasnya, penaja bukan sahaja menaja jersi skuad Liga Super, tetapi akuad Sri pahang bawah 23, 20 dan 18 tahun turut mendapat manfaatnya.

"Kita mengharapkan kerjasama ini akan membantu meningkatkan pencapaian terbaik Sri Pahang," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!