Sabah FC hanya berdepan tunggakan sebulan gaji pemain

Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas, kata Pengarahnya Mohd Joh Wid.
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas, kata Pengarahnya Mohd Joh Wid.
A
A
A

SABAH FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas, kata Pengarahnya Mohd Joh Wid.

Beliau berkata, Sabah juga sedang aktif melakukan secara berperingkat beberapa pembayaran seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan selain skuad utama, Sabah juga berdepan masalah sama untuk pasukan Bawah 23 dan 18 tahun.

"Masalah tunggakan gaji yang telah berlaku sejak tahun lepas itu kita sudah selesaikan, untuk pasukan Bawah 23 tahun mereka baru sahaja menandatangani kontrak bulan lepas dan gaji pertama akan dibayar dalam masa terdekat.

"Bagi pasukan senior, gaji satu bulan sudah dibayar baru-baru ini, namun ada satu bulan lagi baki dan kita sedang usahakan untuk membayar baki berkenaan," katanya kepada pada sidang media di Stadium Likas pada Jumaat.

Pada masa yang sama, Mohd Joh berkata, walaupun berhadapan hutang lain seperti pembayaran sewa dan sebagainya ia tidak menjejaskan persediaan pasukan Sabah FC untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2024/25 yang akan bermula 10 Mei depan.

"Sabah FC memang mempunyai hutang yang besar, namun segala hutang yang boleh menjejaskan proses perlesenan dengan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah dijelaskan dan MFL telah memberikan kita kelonggaran mengenai perkara berkenaan," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai pemain baharu Sabah FC, beliau berkata, setakat ini pihaknya belum mempunyai perancangan untuk mengambil pemain baharu.

"Kita akan fikirkan perkara itu selepas keadaan kewangan semakin baik kerana kini sedang mencari penaja," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mengenai pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah FC yang baharu, Mohd Joh berkata, belum ada keputusan mengenai perkara berkenaan.

"Saya yang akan menjalankan tugas CEO sementara kekosongan jawatan itu dan kita berharap jawatan itu dapat diisi dalam masa terdekat," katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!