'Cuaca luar biasa ini rahmat bagi kami'

Beberapa buah kenderaan terkandas di jalan yang dinaiki air berikutan hujan lebat di Dubai.
Beberapa buah kenderaan terkandas di jalan yang dinaiki air berikutan hujan lebat di Dubai.
A
A
A

DUBAI - Percutian mewah yang dirancang sebuah keluarga dari Turkiye tiba-tiba bertukar menjadi mimpi ngeri apabila mereka menjadi antara ribuan orang ramai yang terpaksa ‘berkampung’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada minggu lalu.

Situasi tidak pernah diduga sama sekali itu mungkin menjadi detik hitam buat mereka sekeluarga biarpun pada awalnya sudah merancang bercuti di ibu kota terkemuka Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu.

“Jika diimbas kembali apa yang berlaku ketika itu, ia cukup menakutkan. Insiden seumpama itu (banjir di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai) begitu mengejutkan.


Dubai Mall yang menjadi pusat beli-belah terkemuka di kota raya Dubai turut digenangi air banjir.
Dubai Mall yang menjadi pusat beli-belah terkemuka di kota raya Dubai turut digenangi air banjir.

“Mungkin ini adalah hukum alam yang tidak pernah dijangka. Banjir dahsyat yang terjadi itu memberikan satu petanda bahawa apa sahaja boleh berlaku di dunia ini,” kata Ahmed Mursyidi, seorang warga Turkiye yang pada awalnya merancang bercuti bersama isteri dan tiga anaknya di Dubai.


Jalan utama menuju ke Lapangan Antarabangsa Dubai tidak dapat dilalui oleh kenderaan.
Jalan utama menuju ke Lapangan Antarabangsa Dubai tidak dapat dilalui oleh kenderaan.

Namun, apa yang dirancang Ahmed itu terpaksa dilupakan apabila Dubai, salah satu daripada tujuh emiriah yang membentuk negara UAE dilanda banjir pada Rabu minggu lalu.

Hujan lebat luar biasa dalam tempoh 75 tahun telah mengakibatkan kota raya Dubai yang cukup gah di persada dunia sebagai lokasi pelancongan mewah berubah sekelip mata.

Artikel Berkaitan:


Gelombang ribut petir yang teruk dengan hujan lebat menjejaskan kebanyakan bandar di UAE.
Gelombang ribut petir yang teruk dengan hujan lebat menjejaskan kebanyakan bandar di UAE.

Keadaan cuaca yang buruk menyebabkan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, antara lapangan terbang tersibuk di dunia ditangguhkan atau dilencongkan.

Sehari selepas hujan paling lebat dalam sejarah di pusat kewangan Timur Tengah itu, lebuh raya dan lapangan terbang utama di Dubai berada dalam keadaan huru-hara serta tidak menentu.


Sebuah kereta mewah di salah sebuah bilik pameran rosak akibat banjir yang berlaku di ibu kota UAE, Dubai.
Sebuah kereta mewah di salah sebuah bilik pameran rosak akibat banjir yang berlaku di ibu kota UAE, Dubai.

Jurucakap polis mengesahkan sekurang-kurangnya seorang terbunuh membabitkan lelaki berusia 70 tahun selepas kereta dinaikinya hanyut di Ras Al-Khaimah.

Malah, gangguan bekalan elektrik dilaporkan di sekitar Dubai yang dipenuhi dengan kawasan dilanda banjir dan kereta yang ditenggelami air sehingga terpaksa ditinggalkan.

Sebuah kereta dipandu laju ketika mengharungi banjir di Dubai.
Sebuah kereta dipandu laju ketika mengharungi banjir di Dubai.

Media tempatan turut melaporkan satu terowong di jalan berhampiran lapangan terbang dan beberapa vila kediaman turut ditenggelami air.

Insiden serupa dapat dilihat di wilayah lain di UAE termasuk di Sharjah yang berjiran dengan Dubai.

Ia menyebabkan sebahagian penduduk secara sementara terpaksa mengharungi jalan utama dan di sekitar bandar itu dengan bot.


Seorang petugas keselamatan berjaya menyelamatkan dua mangsa yang terperangkap dalam banjir dengan menaiki sebuah bot.
Seorang petugas keselamatan berjaya menyelamatkan dua mangsa yang terperangkap dalam banjir dengan menaiki sebuah bot.

Terperangkap semalaman

Ketika langit kembali cerah pada Rabu iaitu sehari selepas hujan, timbul cerita mengenai ada penduduk terperangkap di dalam kereta dan pejabat semalaman.

“Ia adalah salah satu situasi paling mengerikan yang pernah saya alami. Ini merupakan kejadian yang tidak pernah diduga sama sekali.


Deretan kenderaan terkandas sepanjang lebuh raya Sheikh Zayed di Dubai.
Deretan kenderaan terkandas sepanjang lebuh raya Sheikh Zayed di Dubai.

“Saya sedar jika kereta saya rosak, ia akan tenggelam dan saya akan lemas bersama kereta tersebut,” ujar seorang penduduk tempatan yang enggan mendedahkan namanya.

Selepas seminggu kejadian itu berlaku, Kabinet UAE meluluskan pakej bernilai AED2 bilion (kira-kira RM2.6 bilion) untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas.


Kawasan kediaman mewah di Dubai turut terkena tempias banjir akibat hujan lebat luar biasa.
Kawasan kediaman mewah di Dubai turut terkena tempias banjir akibat hujan lebat luar biasa.

Agensi Berita Emirates (WAM) melaporkan, satu jawatankuasa menteri ditugaskan untuk menilai kerosakan dan pembayaran pampasan dengan penyelarasan pihak berkuasa Persekutuan serta tempatan.

Ia diumumkan semasa mesyuarat Kabinet pada Rabu yang dipengerusikan Naib Presiden, Perdana Menteri dan Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.

“Kami meluluskan peruntukan AED2 bilion untuk membaiki kerosakan kediaman penduduk. Satu jawatankuasa menteri ditugaskan mengawasi fail ini.


Penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, antara lapangan terbang paling sibuk di dunia terpaksa ditangguhkan atau dilencongkan.
Penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, antara lapangan terbang paling sibuk di dunia terpaksa ditangguhkan atau dilencongkan.

“Dengan susulan dan sokongan abang saya, Presiden Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, kehidupan kembali normal dengan cepat,” kata Sheikh Mohammed.

Menurutnya, seramai lebih 17,000 anggota keselamatan dan kecemasan selain 15,000 daripada pihak berkuasa tempatan serta ribuan sukarelawan dikerah menguruskan kesan daripada peristiwa cuaca luar biasa itu.

“Peristiwa cuaca luar biasa ini ternyata menjadi rahmat bagi kami. Empangan penuh, lembah-lembah mengalir dengan air hujan dan rizab air bawah tanah diisi semula.

“Kami akan terus meningkatkan kesediaan dan kesiapsiagaan kami, menjadikan kami lebih bersedia pada masa hadapan,” jelasnya. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!