Piala Thomas: Malaysia 2, Hong Kong 0
BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan rentak positif yang diteroka pemain perseorangan profesional, Lee Zii Jia apabila menyumbang mata kedua buat skuad badminton negara dalam saingan Kumpulan D Piala Thomas di China sebentar tadi.
Pasangan yang menghuni ranking kelima dunia itu menumpaskan gandingan Hong Kong, Law Cheuk Him-Yeung Shing Choi 21-16, 21-12 untuk Malaysia menggandakan kemenangan.
Selepas ini, pemain perseorangan, Leong Jun Hao akan mengambil alih gelanggang di Hi-Tech Sports Center, Chengdu menentang Angus Ng Ka Long dalam pertembungan perseorangan kedua.
Sebelum itu, Zii Jia mengutip mata pertama setelah menewaskan Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam saingan selama 45 minit.
Kejayaan tersebut merupakan kemenangan kedua Zia Jii dalam pertemuan dengan Cheuk Yiu di pentas antarabangsa.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!