'Paling penting pujuk pengundi, bukan parti' - Anthony Loke

Anthony Loke. Foto Bernama
Anthony Loke. Foto Bernama
A
A
A

HULU SELANGOR - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan keutamaan yang harus diberikan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu adalah memujuk pengundi, bukan mana-mana parti untuk menyokong mereka.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, pihaknya juga menghargai mana-mana parti atau individu yang menyokong calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao.

"Pilihan raya bukan soal parti sebaliknya tumpuan kepada rakyat. Jadi, pada saya paling penting pujuk pengundi, bukan mana-mana parti.

"Yang datang membantu kita amat hargai. Yang tidak membantu kita tak paksa. Kalau tak sanggup membantu itu hak dia.

"Saya tak perlu gaduh dengan mereka. Paling utama adalah soal pengundi sebab mereka yang akan membuat keputusan dan memilih wakil rakyat mereka, bukannya soal parti," katanya ketika ditemui pemberita selepas penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada DAP sedia memujuk MCA turun membantu calon Kerajaan Perpaduan susulan tindakan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu memboikot kempen kali ini.

Jawatankuasa Pembangunan Politik MCA sebelum ini dilapor memutuskan untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti kempen PRK DUN Kuala Kubu Baharu sekiranya calon dikemukakan bukan daripada BN.

Sementara itu, Anthony Loke memuji komitmen diberikan BN dalam pilihan raya kali ini.

Artikel Berkaitan:

"Saya nampak komitmen sangat tinggi daripada BN, terutama Presiden UMNO sendiri

"Wanita UMNO juga sudah digerakkan bersama, selain jentera PH, kita yakin dapat jalankan kempen dengan baik," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!