‘Rumah baharu, rezeki baharu’

Hock San bersama barisan pemenang bertuah kereta Perodua Axia pada majlis yang berlangsung pada Sabtu.
Hock San bersama barisan pemenang bertuah kereta Perodua Axia pada majlis yang berlangsung pada Sabtu.
A
A
A

DENGKIL - Syarikat pemaju perumahan terkemuka di Malaysia, LBS Bina Group Bhd (LBS) meraikan pemilik-pemilik hartanahnya yang terpilih menerusi kempen LBS Fabulous Extra 2022/23 dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk 17 buah kereta Perodua Axia.

Pengerusi Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Ir Dr Lim Hock San berkata, bagi setiap pembeli rumah, penerimaan kunci rumah baharu menandakan berakhirnya proses pembelian rumah mereka, namun bagi LBS ia merupakan suatu detik permulaan yang istimewa.

“Dengan memiliki hartanah LBS, setiap pemilik akan berpeluang untuk menikmati pelbagai ganjaran istimewa,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang LBS Fabulous di galeri jualan KITA @ Cybersouth pada Sabtu.

Tambahnya, selain itu pada majlis kali ini pembeli-pembeli hartanah LBS yang lain, turut diraikan menerusi pemberian pelbagai hadiah lain seperti, motosikal, set teater rumah dan basikal gunung.

“Ini jelas menunjukkan komitmen LBS yang bukan hanya sekadar menawarkan kediaman, malahan kami berhasrat untuk membina hubungan berpanjangan bersama pemilik rumah kami," ujarnya.

Untuk rekod kempen LBS Fabulous Extra 2022-23 diakhiri dengan kejayaan yang membanggakan.

Acara yang berlangsung pada Sabtu menandakan berakhirnya kempen yang menawarkan hadiah lumayan bernilai RM1.5 juta bagi 1,400 orang pembeli hartanah LBS yang bertuah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan, LBS memperkenalkan program kesetiaan pelanggan, LBS Perks and Plusses, khusus bagi setiap pemilik rumah LBS.

Artikel Berkaitan:

Untuk melancarkan lagi program berkenaan katanya, pihaknya kini telah bekerjasama dengan lebih daripada 50 rakan kongsi.

“Dalam pada itu sempena sambutan hari raya ini, LBS telah melancarkan kempen ‘Emas Bling Bling Bersama LBS’ di mana para pembeli rumah LBS yang berjaya memiliki rumah idaman mereka sebelum penghujung Mei akan berpeluang untuk memenangi jongkong emas 999.9.

“Pendek kata, LBS mempunyai pelbagai tawaran menarik untuk semua. Akhir kata, sekalung tahniah kepada kesemua pemenang cabutan bertuah, dan saya berharap anda semua bergembira pada hari ini,” katanya.

Sementara itu, pemenang kereta Perodua Axia, Azwan Zakwan, 43, berkata, dia pada awalnya tidak percaya dan menyangka panggilan diterima daripada Perodua yang menyatakan dia memenangi kereta model Axia sebagai scam.

Azwan (kanan) bergambar bersama kereta Axia yang dimenanginya sambil diperhatikan Hock San (kiri) bersama anak Azwan, Mikhail Farish
Azwan (kanan) bergambar bersama kereta Axia yang dimenanginya sambil diperhatikan Hock San (kiri) bersama anak Azwan, Mikhail Farish

“Pada mula-mulanya saya ingat macam kes penipuan, tapi saya dengar dan semak semula dapati panggilan yang saya dapat itu betul.

“Jadi ini saya anggap ini sebagai satu rezeki, “ katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Azwan berkata, dia sebenarnya tidak mengetahui mengenai kempen berkenaan kerana menyangka selepas membeli sebuah rumah milik LBS, ia hanya berakhir di situ sahaja.

“Saya tidak tahu ada peraduan ini, memang betul-betul saya tak jangka dan alhamdulillah hari ini (Sabtu) saya menang sebuah kereta.

“Terima kasih LBS atas hadiah yang sungguh bermakna ini,” katanya lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!