Gitar John Lennon dilelong RM3.81 juta
NEW YORK - Sebuah gitar akustik yang sudah lama hilang milik anggota kumpulan The Beatles, John Lennon ditemui semula dan akan dipamerkan serta dilelong di New York City pada Mei ini, lapor News York Post
Gitar itu dijangka berharga lebih AS$600,000 hingga AS$800,000 (RM2.86 juta hingga RM3.81 juta) telah dijumpai di loteng dalam sebuah rumah di Britain.
Pengasas Julien's Auction yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), berkata mereka pergi ke Britain untuk mengesahkan gitar itu serta menemui kotak asal buatan Maton Australia dalam tong sampah.
Kali terakhir gitar itu dilihat dimiliki pemuzik Britain, Gordon Walker, anggota kumpulan duo pop pada tahun 1960-an dikenali sebagai Peter and Gordon.
Gitar itu akan dilelong pada 29 Mei depan di Hard Rock Cafe di New York dan laman web syarikat pelelong itu. - Agensi
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!