Rumah terbuka Pas Pusat di Perlis tanda penghargaan

Abdul Hadi (tengah) menyempurnakan Majlis Pelancaran Tabung Dana Kompleks Pas Pusat pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas di Dewan 2020 pada Sabtu.
Abdul Hadi (tengah) menyempurnakan Majlis Pelancaran Tabung Dana Kompleks Pas Pusat pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas di Dewan 2020 pada Sabtu.
A
A
A

KANGAR - Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas di Dewan 2020, di sini, meriah dengan kehadiran hampir 40,000 masyarakat berbilang kaum.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, majlis berkenaan dilaksanakan sebagai tanda penghargaan kepada semua pihak terutamanya rakyat Perlis.

"Pada kali ini, kita pilih Perlis untuk (rumah terbuka) meraikan kejayaan kita di Perlis.

"Malah, kita ingin memberi sokongan kepada petugas Pas di Perlis dan Kedah," katanya ketika ditemui pemberita pada Sabtu.

Sebelum itu, majlis bermula jam 11 pagi itu menyediakan pelbagai juadah termasuklah lemang, ketupat, rendang, sate, gulai daging, laksa serta bihun.

Majlis yang diadakan buat julung-julung kalinya di Perlis itu turut dihadiri Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin.

Hadir sama, Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyudin Hassan.

Turut hadir, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor.

Artikel Berkaitan:

Majlis perasmian bermula dengan ucapan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli diikuti Hashim dan Abdul Hadi.

Abdul Hadi turut menyempurnakan Majlis Pelancaran Tabung Pas Pusat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!