Sudah lama 'jatuh cinta' dengan Sabah - Dr Wan Azizah

Dr Wan Azizah ketika merasmikan Kongres Persekutuan Perubatan Sukan Asia ke-18 dan Persidangan Perubatan Sukan dan Sains Sukan Institut Sukan Negara Kelapan pada Sabtu. Foto Bernama
Dr Wan Azizah ketika merasmikan Kongres Persekutuan Perubatan Sukan Asia ke-18 dan Persidangan Perubatan Sukan dan Sains Sukan Institut Sukan Negara Kelapan pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau sudah lama ‘jatuh cinta’ dengan Sabah yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan hospitaliti penduduknya.

Sambil mengajak pelancong asing serta tempatan datang melihat serta merasai sendiri apa yang ditawarkan Negeri di Bawah Bayu itu, beliau berkata, makanan laut yang lazat merupakan antara selalu dicubanya ketika berada di negeri ini.

Beliau berkata, laut luas membiru dan Gunung Kinabalu merupakan antara permandangan yang paling disukai kerana memberikan ketenangan dan kegembiraan buat dirinya.

"Saya suka ambil gambar, jadi laut dan Gunung Kinabalu yang cantik ini antara yang saya suka ambil jadikan kenang-kenangan. Orang Sabah juga banyak suku kaum yang unik.

"Dalam kita menyuburkan pelancongan, jangan kita lupa untuk menjaga alam sekitar dan warisan kita ini. Jangan hanya promosi sahaja, semua ini harus juga kita jaga dan kekalkan,” katanya pada sidang media di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Persekutuan Perubatan Sukan Asia ke-18 dan Persidangan Perubatan Sukan dan Sains Sukan Institut Sukan Negara Kelapan di sini pada Sabtu.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!