Budaya rumah terbuka mesti dipertahankan - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid meraikan para perwakilan asing pada Majlis Santunan Kasih Syawal di Sri Satria pada Sabtu. Foto Bernama
Ahmad Zahid meraikan para perwakilan asing pada Majlis Santunan Kasih Syawal di Sri Satria pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Tradisi dan budaya rumah terbuka sempena Aidilfitri mesti dipertahankan kerana akan memupuk rasa kebersamaan pelbagai kaum yang ada dalam negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, pada pandangannya, budaya rumah terbuka semasa perayaan hanya ada di Malaysia.

"Rakan-rakan saya di Indonesia datang (dan bagitahu saya) mereka merayakan Aidilfitri ni cuma sehari dan kita 30 hari sempena dengan Syawal.

"Yang penting bukan berapa lama raya itu diadakan, tetapi bagaimana asimilasi sosial dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, berlainan agama dan latar belakang budaya dapat berada di sesuatu majlis dengan rasa silaturahim yang sangat berbeza," kata Ahmad Zahid ketika ditemui pada Majlis Santunan Kasih Syawal bersama Timbalan Perdana Menteri di kediaman rasminya Sri Satria, di sini pada Sabtu.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, majlis rumah terbuka juga dapat menjadi platform pemimpin dalam menyantuni rakyat.

"Tetamu-tetamu saya bukan hanya dari sekitar Putrajaya dan Lembah Klang tetapi juga seluruh negara, contohnya rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak juga telah mula datang tadi kerana kita berkawan begitu lama.

"Sebagai pemimpin parti politik juga kita mempunyai bahagian dan cawangan seluruh negara, jadi mereka mengambil peluang walaupun sebentar untuk bertemu saya," katanya.

Antara tetamu yang hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R Ramanan, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!