KL City bangkit ikat PDRM 2-2

KL City bangkit mengikat Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC 2-2 meskipun Video Bantuan Pengadil (VAR) menafikan dua jaringan skuad itu. Foto FB Malaysian Football League
KL City bangkit mengikat Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC 2-2 meskipun Video Bantuan Pengadil (VAR) menafikan dua jaringan skuad itu. Foto FB Malaysian Football League
A
A
A

KUALA LUMPUR City FC (KL City) bangkit mengikat Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC 2-2 meskipun Video Bantuan Pengadil (VAR) menafikan dua jaringan skuad itu pada aksi persahabatan pramusim Liga Malaysia (Liga-M) di Stadium Majlis Pembandaran Selayang di sini malam ini.

Babak pertama menyaksikan PDRM di bawah kendalian P Maniam membuka tirai jaringan apabila penyerang import baharu dari Nigeria nya Ifedayo Olesegun Patrick meledak gol pada minit ke-25 selepas menerima hantaran Mohd Safiee Ahmad.

Bersambung babak kedua, KL City menyamakan kedudukan namun pengadil perlawanan Ahmad Zuhadi Dzulkifli membatalkan jaringan selepas meneliti VAR mendapati pemain sayap Croatia, Lazar Sajcic berada di kedudukan ofsaid ketika meledak gol itu.

KL City terus kecewa apabila Ifedayo menggandakan kedudukan pada minit ke-50 buat skuad Sang Saka Biru sebelum pengadil yang meneliti VAR sekali lagi membatalkan jaringan kedua The City Boys yang dihasilkan Sean Giannelli ketika provokasi berlaku.

Provokasi itu berlaku selepas pemain tengah KL City Zhafri Yahya mengasari pemain pertahanan Kyaw Min Oo.

Bagaimanapun, pasukan yang dibimbing Miroslav Kuljanac itu berjaya bangkit menyamakan kedudukan sebelum wisel tamat dibunyikan menerusi Paulo Josue pada minit ke-95 dan Patrick Alacala Reichel pada minit ke-99.

Sebagai rekod, skuad KL City menamatkan saingan Liga Super musim lalu di tempat ketujuh dengan 38 mata, dikiuti PDRM dengan ketinggalan satu mata di tempat kelapan.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum ini menentapkan untuk menggunakan VAR pada lapan aksi pramusim bermula Isnin lepas hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem tersebut bagi saingan (Liga-M) musim ini.

Sistem berkenaan akan mula digunakan pada musim Liga Super 2024/2025 yang akan membuka tirai pada 10 Mei ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!