Lima tentera, tiga orang awam terbunuh helikopter terhempas
QUITO - Lima anggota tentera dan tiga orang awam terbunuh dalam nahas helikopter tentera Ecuador yang terhempas pada Jumaat, menurut angkatan tentera, lapor Xinhua.
Helikopter yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk yang terjejas akibat banjir, terhempas pada pukul 9.36 pagi (1436 GMT) di Daerah Tiwino, Wilayah Pastaza, kata tentera Ecuador dalam satu kenyataan.
"Tentera Ecuador telah mengarahkan penubuhan segera Jawatankuasa Siasatan Kemalangan untuk memastikan punca insiden malang itu,” katanya. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!