Rokok seludup RM64,080 dirampas

Antara rokok putih yang dirampas PPM dalam Ops Pensura Khas di Sentosa, Klang semalam.
Antara rokok putih yang dirampas PPM dalam Ops Pensura Khas di Sentosa, Klang semalam.
A
A
A

KLANG - Pasukan Polis Marin (PPM) merampas rokok seludup bernilai RM64,080 dalam operasi Op Pensura Khas di Sentosa Klang di sini semalam.

Komander PPM Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, dalam operasi kira-kira jam 8.10 pagi, sepasukan anggota PPM Pelabuhan Klang mengekori sebuah kenderaan jenis Proton Exora berwarna hitam dari Jalan Banting menuju ke Klang yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran rokok seludup.

"Ketika sampai di kawasan Sentosa Klang, kereta terbabit dikesan berhenti di lorong kawasan perumahan sebelum empat lelaki terbabit keluar daripada kenderaan.

"Menyedari kehadiran anggota serbuan, kumpulan tersebut bertindak melarikan diri dengan meninggalkan kenderaan terbabit dalam keadaan enjin masih hidup," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut menemui 500 karton rokok putih yang dianggarkan bernilai RM64,080.

Katanya, pihaknya turut menyita Proton Exora terbabit untuk siasatan lanjut.

"PPM Pelabuhan Klang akan terus mempertingkatkan risikan dan operasi sempena musim perayaan bagi mencegah aktiviti menyalahi undang-undang khususnya penyeludupan rokok dan minuman keras yang dipercayai yang menjadi permintaan tinggi pada musim perayaan.

"Orang ramai diminta tampil menyalurkan maklumat sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang di komuniti masing-masing," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!