MAKSWIP ungguli futsal wanita MAKSAK 2024

Skuad futsal wanita MAKSWIP muncul juara acara futsal MAKSAK 2024 selepas tumpaskan Sabah 1-0 di perlawanan akhir.
Skuad futsal wanita MAKSWIP muncul juara acara futsal MAKSAK 2024 selepas tumpaskan Sabah 1-0 di perlawanan akhir.
A
A
A

USAHA berterusan tanpa mengenal erti putus asa akhirnya membuahkan hasil buat pasukan Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) apabila mengungguli acara futsal wanita Sukan Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) 2024.

Skuad futsal wanita MAKSWIP mewakili Kuala Lumpur bimbingan Mohamad Taufik Yaiyah menumpaskan Sabah 1-0 menerusi jaringan Jaciah Jumilis dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Sport City Indahpura, Kulai, Johor pada malam Sabtu.

Ia adalah kejayaan pertama MAKSWIP dalam tempoh 10 tahun, malah lebih manis Jaciah diangkat sebagai pemain terbaik wanita, manakala penjaga gawang; Noorasyeimah Mohd Rashid dipilih sebagai penjaga gol terbaik dan penjaring gol terbanyak MAKSAK 2024, Nurul Nadiah Roslan dipilih sebagai pemain harapan terbaik.

Pengurus pasukan MAKSWIP, Siti Maryam Anuar berkata, kali ini pasukannya lebih bersedia setelah hanya menduduki tempat ketiga pada Sukan MAKSAK tahun lalu.

"Edisi lalu kita tewas kepada Sabah di separuh akhir, tetapi kali ini kita kalahkan mereka di pentas final.

"Apa pun, pihak pengurusan tertinggi MAKSWIP mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pemain yang bertungkus lumus dalam mengharumkan nama MAKSWIP dalam Sukan MAKSAK," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!