Op Hibur: 11 penjawat awam antara 49 individu ditahan

Sebelas penjawat awam antara 49 individu yang ditahan di sebuah premis hiburan di Batu Pahat, pada awal pagi Ahad. Gambar hiasan
Sebelas penjawat awam antara 49 individu yang ditahan di sebuah premis hiburan di Batu Pahat, pada awal pagi Ahad. Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebelas penjawat awam antara 49 individu yang ditahan di sebuah premis hiburan di Batu Pahat, pada awal pagi Ahad.

Menurut Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, kesemua mereka ditahan dalam satu operasi khas (Op Hibur) oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, sekitar jam 1 pagi hingga 10 pagi.

Katanya, operasi khas yang turut disertai tiga pegawai dan tujuh anggota itu turut mendapati pusat hiburan berkenaan beroperasi melebihi had masa.

"Hasil saringan awal air kencing mendapati 30 individu positif dadah jenis methamphetamine, ketamin dan benzodiazepine melibatkan 24 warga tempatan dan enam warga asing.

"Kesemua yang ditahan berumur dalam lingkungan 17 tahun hingga 52 tahun manakala 11 penjawat awam yang ditahan berusia antara 24 tahun hingga 49 tahun.

"Polis turut menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang mengaku sebagai penjaga premis dan turut positif dadah serta menjalankan perniagaan melebihi had masa yang telah ditetapkan. Bagaimanapun, hasil pemeriksaan lanjut mendapati premis tersebut mempunyai lesen perniagaan dan lesen hiburan yang sah," katanya.

Kumar berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Johor, pada Ahad.

Kesemua yang ditangkap direman empat hari mulai 28 April sehingga 1 Mei 2024 untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat di bawah Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1959/63; Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63; Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63; Seksyen 11(2)Enakmen Hiburan N egeri Johor 4/98 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!