Liek Hou rangkul dua lagi emas di Sepanyol

Cheah Liek Hou. Foto Bernama
Cheah Liek Hou. Foto Bernama
A
A
A

JAGUH badminton para negara, Cheah Liek Hou terus cemerlang apabila menggondol dua pingat emas dalam acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) dan beregu lelaki SU5 pada Kejohanan Badminton Para Sepanyol Antarabangsa II 2024 pada Sabtu.

Pada aksi final yang berlangsung di Toledo, Sepanyol, Liek Hou mengetepikan pencabar dari Taiwan, Fang Je Yu 21-19, 21-17 untuk merangkul emas, menurut https://bwfpara.tournamentsoftware.com.

Pingat gangsa menjadi milik rakan senegara Muhammad Fareez Anuar yang ditewaskan Liek Hou 26-28, 22-20, 20-22 pada aksi separuh akhir.

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 itu menambah kilauan emas menerusi gandingan bersama Muhammad Fareez pada final beregu lelaki SU5 dengan mengatasi pasangan India, Hardik Makkar-Ruthick Ragupathi 21-16, 22-20.

Minggu lepas, Liek Hou memperoleh dua emas bagi acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) dan beregu lelaki SU5 bersama Muhammad Fareez di Kejohanan Para Antarabangsa Sepanyol 2024 Tahap 2 di Vitoria-Gasteiz, Sepanyol. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!