Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengulangi pendirian tidak akan menyokong operasi Israel ke atas Rafah tanpa rancangan kemanusiaan yang sesuai dan boleh dipercayai.
Mesej itu disampaikan menerusi perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad.
Kedua-dua pemimpin kali terakhir bercakap pada 13 April, selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu dan dron terhadap Israel.
Biden dan Netanyahu dilaporkan mengkaji semula rundingan yang dirangka untuk membebaskan beberapa tebusan yang ditahan sejak serangan 7 Oktober ditambah dengan gencatan senjata serta-merta di Gaza.
Mereka juga membincangkan peningkatan kadar penghantaran bantuan, termasuk persediaan untuk membuka lintasan baharu ke Gaza. - Awani
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!