Alasan bergurau tulis ancaman bom pada bungkusan

UPB PDRM memusnahkan bungkusan bertulis ancaman bom di Pusat Kargo KLIA, Sepang Khamis lalu.
UPB PDRM memusnahkan bungkusan bertulis ancaman bom di Pusat Kargo KLIA, Sepang Khamis lalu.
A
A
A

SEPANG - Tindakan seorang pekerja stor bergurau dengan menulis ayat terdapat ancaman bom pada bungkusan yang dihantar mengundang padah apabila ditahan polis pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari'at berkata, lelaki berusia 23 tahun itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA.

Asisten Komisioner Azman Shari'at
Asisten Komisioner Azman Shari'at

"Soal siasat suspek mengaku ada menulis di atas balutan plastik bungkusan terbabit hanya untuk bergurau tetapi tidak sempat memadam kerana bungkusan tersebut telah diambil oleh ejen kurier.

"Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan akan dituduh di Mahkamah Majistret Sepang hari ini (Isnin)," katanya pada Isnin.

Beliau berkata, diingatkan kepada individu, syarikat dan ejen penghantar agar peka serta tidak membuat catatan mahu pun percakapan lisan berkaitan bom atau apa-apa berkaitan bahan letupan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, polis sentiasa mengambil serius atas keselamatan dan ketenteraman awam.

Khamis lalu, Sinar Harian melaporkan Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), digemparkan dengan bungkusan ancaman bom sebelum satu laporan diterima Balai Polis Aeropolis KLIA pada jam 1.30 petang oleh pengendali mesin pengimbas di pusat kargo terbabit.

Bungkusan terbabit diimbas dan mengandungi bateri dan beberapa wayar.

Tulisan ancaman itu bertulis 'awas jangan campak nanti meletup ini bom'

Berikutan ayat ancaman yang tertulis pada bungkusan itu, Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil tindakan menyelamat mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!