Lima pengedar dadah dicekup

Mohd Zani (tiga dari kiri) menunjukkan dadah yang dirampas dalam tiga serbuan dilakukan di Petaling Jaya, Bandar Sunway dan Cheras, Kuala Lumpur pada sidang media di IPD Petaling Jaya hari ini.
Mohd Zani (tiga dari kiri) menunjukkan dadah yang dirampas dalam tiga serbuan dilakukan di Petaling Jaya, Bandar Sunway dan Cheras, Kuala Lumpur pada sidang media di IPD Petaling Jaya hari ini.
A
A
A

PETALING JAYA - Kegiatan lima lelaki yang dipercayai aktif mengedar dadah terbongkar dalam tiga serbuan berasingan di sekitar pusat bandar ini, Bandar Sunway dan Cheras, Kuala Lumpur kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, tangkapan pertama membabitkan tiga suspek di Petaling Jaya kira-kira jam 7.15 malam.

Menurutnya, susulan itu hasil maklumat yang diterima telah berjaya membawa tangkapan dua lagi suspek di Bandar Sunway dan Cheras, Kuala Lumpur pada hari sama.

"Dengan tertangkapnya kesemua suspek ini, polis merampas 3,075 gram syabu dan 1,050 gram ketamin dianggarkan bernilai RM210,000 yang mana dadah terbabit boleh dibekalkan kepada 8,250 penagih.

"Selain itu, lima buah kereta jenis BMW 530I, Mercedes Benz 230E, Perodua Myvi, Toyota Camry dan Mercedes E200, barang kemas serta wang tunai berjumlah RM6,000 juga telah disita untuk siasatan lanjut," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini hari ini.

Antara barangan yang dirampas polis susulan tertangkapnya lima lelaki di sekitar Lembah Klang kelmarin.
Antara barangan yang dirampas polis susulan tertangkapnya lima lelaki di sekitar Lembah Klang kelmarin.

Beliau berkata, semakan lanjut mendapati suspek terbabit memiliki rekod lampau bersabit kes dadah dan jenayah.

Katanya, kesemua suspek berusia antara 25 hingga 50-an itu kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, Mohd Zani memaklumkan pihaknya berjaya memperoleh sebanyak RM771,140 bagi kutipan saman sempena Hari Bertemu Pelanggan di IPD Petaling Jaya, yang berlangsung selama dua hari sejak kelmarin.

"Sempena Hari Bertemu Pelanggan, IPD Petaling Jaya menawarkan diskaun saman trafik sebanyak 50 peratus bagi tempoh dua hari.

"Menerusi program itu, sebanyak 6,505 saman trafik dibayar membabitkan kutipan berjumlah RM771,140. Kesalahan meletak kenderaan dan menghalang lalu lintas adalah saman paling banyak yang dijelaskan dalam program ini," katanya.

Antara barangan yang dirampas polis susulan tertangkapnya lima lelaki di sekitar Lembah Klang kelmarin.
Antara barangan yang dirampas polis susulan tertangkapnya lima lelaki di sekitar Lembah Klang kelmarin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!