PRK KKB: Penutup tangki air kereta rosak, polis terima satu laporan

Sasikala
Sasikala
A
A
A

SHAH ALAM - Polis menerima satu laporan berkaitan kes melibatkan penutup tangki air kereta milik seorang individu yang didakwa dirosakkan baru-baru ini sepanjang berlangsungnya proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, bagaimanapun tiada kertas siasatan dibuka susulan siasatan mendapati tiada unsur khianat berkaitan kejadian.

"Individu terbabit mendakwa penutup tangki air kereta miliknya dirosakkan, apabila kita semak tidak wujudnya keterangan yang boleh mengaitkan kejadian dengan perbuatan khianat.

"Kawasan tempat keretanya diletakkan itu juga terbuka selain tiada kamera litar tertutup, berikutan itu kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) dan tiada kertas siasatan dibuka," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Katanya, setakat ini proses kempen PRK Kuala Kubu Baharu berjalan dengan lancar.

"Suasana kempen berjalan dengan lancar dan semua pihak yang bertanding diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan.

"Semua perlu sentiasa berhemah dan elakkan mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan terutamanya menyentuh 3R iaitu agama, raja dan kaum," katanya.

Pada Sabtu, proses penamaan calon bagi PRK KKB berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Artikel Berkaitan:

Seramai 284 pegawai dan anggota polis telah digerakkan dengan dibantu 15 kakitangan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!