Atlet diberi kebebasan pilih Sukma atau Kejuaraan Dunia

Skuad olahraga berjaya membawa pulang dua pingat gangsa dalam Kejuaraan Olahraga Asia B-20.
Skuad olahraga berjaya membawa pulang dua pingat gangsa dalam Kejuaraan Olahraga Asia B-20.
A
A
A

KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) memberi kebebasan kepada tiga atlet muda kebangsaan untuk memilih sama ada mewakili negeri masing-masing ke Sukan Malaysia (Sukma) atau menyahut cabaran negara pada Kejuaraan Olahraga Dunia Bawah 20 tahun (B-20) 2024.

Pengarah Teknikal KOM, Robert Ballard berkata, hal ini kerana tarikh bagi kedua-dua kejohanan itu bertindih iaitu Sukma akan diadakan pada 17 hingga 24 Ogos di Sarawak, manakala Kejuaraan Olahraga Dunia B-20 dijadualkan berlangsung pada 27 hingga 31 Ogos di Lima, Peru.

Katanya, badan induk itu menghormati sebarang keputusan oleh persatuan negeri dan atlet itu sendiri, namun Ballard berharap mereka dapat membuat keputusan muktamad secepat mungkin sebelum 4 Ogos ini.

Beliau berkata demikian selepas menyambut kepulangan atlet yang menyertai Kejuaraan Olahraga Asia B-20 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada Isnin.

Skuad olahraga berjaya membawa pulang dua pingat gangsa melalui Ng Tak Sik (lompat kijang) dan Pengiran Aidil Auf Hajam (200 meter) yang menyaksikan mereka layak secara merit ke Peru, di samping Hanssen Yap Soo yang merekodkan 10.41 saat dalam acara 100 meter.

Pengiran Aidil dan Hanssen diuruskan oleh Majlis Sukan Negeri Sabah, manakala Tak Sing di bawah jagaan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Mengulas mengenai kejayaan Kejuaraan Olahraga Asia B-20, Ballard berkata, beliau berbangga dengan prestasi cemerlang dipamerkan atlet kerana mereka berada dalam kumpulan pembangunan remaja yang tidak menetapkan sebarang sasaran dalam kejohanan berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!