Salah mungkin kekal di Liverpool
LIVERPOOL menjangkakan Mohamed Salah akan kekal di kelab itu sekurang-kurangnya sehingga kontraknya tamat pada akhir tahun depan.
Sky Sports dan The Athletic melaporkan Salah, 31, tidak memberikan sebarang petunjuk bahawa dia ingin pergi dari kelab itu dan Liverpool tidak merancang untuk menjualnya.
Pemain Mesir itu terlibat dalam pertelingkahan dengan pengendali Liverpool Jurgen Klopp di tepi padang ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian ketika seri 2-2 di West Ham Sabtu lalu.
Bercakap selepas perlawanan, Salah berkata: "Akan ada sesuatu yang meletus hari ini jika saya bercakap," katanya.
Sebelum ini, Liverpool pernah menolak tawaran daripada Liga Pro Saudi pada awal musim termasuk bidaan £150 juta (RM895 juta) yang daripada Al Ittihad.
Bagaimanapun, Klopp akan meninggalkan kelab itu pada penghujung musim mencetuskan spekulasi mengenai masa depan beberapa pemain seniornya.
Disokong oleh dana kekayaan kerajaan Arab Saudi, negara itu dijangka menjadi destinasi utama dalam pasaran perpindahan musim panas untuk memikat lebih banyak bintang ke liga itu seperti yang dilakukan sebelum ini membawa pemain seperti Cristiano Ronaldo, Neymar dan Sadio Mane.
Salah telah menjaringkan 24 gol musim ini, tetapi prestasinya merosot sejak dia mengalami kecederaan pada Piala Negara-Negara Afrika pada Januari.
Salah juga sedang kemarau gol sehingga menyaksikan The Reds telah terkeluar daripada perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris dan tersingkir daripada Liga Europa dan Piala FA.
Salah hanya mempunyai lebih kurang 12 bulan untuk menghabiskan sambungan kontrak tiga tahun yang ditandatangani pada 2022.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!