Sembilan tentera Colombia maut dalam nahas helikopter
BOGOTA - Sembilan tentera Columbia terkorban pada Isnin apabila helikopter mereka terhempas di kawasan Bolivar utara yang mana tentera sedang memerangi kartel kokain terbesar, kata pihak berkuasa.
Nahas berlaku ketika helikopter tersebut menghantar tentera baharu untuk operasi menentang Klan Teluk, kata Presiden Gustavo Petro menerusi aplikasi X.
Petro mahupun tentera tidak menyebut punca nahas helikopter Mi-17 buatan Rusia atau sama ada Klan dengan kira-kira 4,000 pejuang bersenjata, mempunyai kaitan dengannya.
Menurut pihak tentera, tiada yang terselamat dalam insiden terbabit.
Pada Julai 2020, insiden hampir sama turut berlaku melibatkan sebuah helikopter tentera Colombia sehingga meragut sembilan nyawa selain mencederakan enam yang lain.
Bangkai helikopter UH-60 Black Hawk yang membawa 17 penumpang itu ditemukan sepanjang Sungai Inirida di tenggara Colombia.
Helikopter itu terlibat dengan operasi ketenteraan untuk membanteras kumpulan bersenjata di Guaviare sebelum terhempas. - Agensi
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!