MB Perlis tidak direman, hanya beri keterangan kepada SPRM

Mohd Shukri Ramli (kiri) - Foto Bernama.
Mohd Shukri Ramli (kiri) - Foto Bernama.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli tidak ditahan sebaliknya dibenarkan pulang selepas selesai memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa.

Menerusi perkongsian akaun Facebook rasmi Menteri Besar Perlis itu memaklumkan bahawa Mohd Shukri tidak direman.

"Menteri Besar tidak direman, telah dibenarkan pulang selepas selesai memberi keterangan," tulis hantaran berkenaan pada Selasa.

Bagaimanapun Sinar Harian sedang mendapatkan penjelasan lanjut dari SPRM berhubung perkara ini.

Pada Selasa, sebuah media tempatan melaporkan Menteri Besar Perlis itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai susulan siasatan terhadap anaknya berkaitan pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000 sebelum ini.

Rabu lalu, media melaporkan anak kepada Menteri Besar Perlis antara enam individu yang direman SPRM bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Keseluruhan projek melibatkan kerja-kerja baik pulih, penyelenggaraan, pembekalan dan perkhidmatan bermula dari 2022 sehingga kini dianggarkan bernilai RM600,000.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

MB Perlis pulang selepas beri keterangan kepada SPRM #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #BuletinTikTok #Semasa #Nasional #ShukriRamli #MenteriBesar #Perlis #SPRM #Anak #Reman #Siasatan

original sound - Sinar Harian

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!