Tentera AS sambung operasi di Iraq

- Foto agensi
- Foto agensi
A
A
A

WASHINGTON - Tentera Amerika Syarikat (AS) kembali menyambung operasi ketenteraan di Iraq semalam selepas ia ditangguhkan selama dua minggu.

Operasi ketenteraan bersama dengan pasukan keselamatan Iraq itu dihentikan seketika selepas ketegangan di rantau berkenaan meningkat susulan serangan militia pro-Iran ke atas Kedutan AS di Baghdad.

Ketegangan semakin memuncak selepas komander kanan Pasukan Pengawal Revolusi Iraq (IRGC), Leftenan Qasem Soleimanidan pemimpin militia Unit Mobilisasi Popular (PMU), Abu Mahdi al-Muhandis maut dalam serangan dron AS berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad pada 3 Januari lalu.

Susulan itu, Parlimen Iraq menandatangani resolusi mengusir tentera AS dari negara berkenaan.

Ketika ini terdapat kira-kira 5,000 tentera AS di Iraq, kebanyakannya bertindak sebagai penasihat kepada pasukan keselamatan negara itu. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!