[VIDEO] Anak KPD maut tertembak: Polis tunggu laporan forensik telefon bimbit

A
A
A

KOTA KINABALU - Polis sedang menunggu laporan forensik membabitkan telefon bimbit anak Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu yang maut dipercayai tertembak diri sendiri secara tidak sengaja menggunakan pistol milik bapanya di rumah mereka di Taman Tabanak, Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan masih diteruskan termasuk mendapatkan maklumat kandungan dalam telefon bimbit mangsa.

"Kandungan telefon bimbit itu masih belum kita dapat kerana ada kata laluan" katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Serah Terima Tugas KPD Kota Kinabalu di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di sini pada Selasa.

Datuk Jauteh Dikun
Datuk Jauteh Dikun

Pada 16 April lalu, anak bongsu KPD Lahad Datu ditemukan maut dalam keadaan berlumuran darah dipercayai tertembak diri sendiri secara tidak sengaja menggunakan pistol milik bapanya di rumah mereka.

Jauteh turut memaklumkan KPD Lahad Datu itu masih lagi menjalankan tugasnya seperti biasa.

"Buat masa ini, dia meneruskan tanggungjawabnya sebagai KPD dan dia sudahpun bekerja," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!