India kurangkan import minyak sawit Malaysia

Import minyak sawit India dari Malaysia merosot.
Import minyak sawit India dari Malaysia merosot.
A
A
A

NEW DELHI - Import minyak sawit India meningkat hampir 11 peratus pada Disember berbanding bulan sebelumnya, namun jumlah pembelian dari Malaysia merosot.

Menurut angka yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengekstrak Pelarut India (SEA), India pada Khamis, negara itu mengimport 741,490 tan minyak sawit dari Malaysia bulan lepas, termasuk 5,020 tan minyak sawit bertapis dan 3,000 tan minyak isirong sawit (CPKO).

Eksport minyak sawit Malaysia ke negara itu pada November sebanyak 183,914 tan termasuk 41,600 tan olein sawit bertapis, diluntur dan dinyahbau (RBD).

Ia mengimport kira-kira 1.12 juta tan minyak sayuran pada Disember.

Kementerian Perdagangan India bulan ini meletakkan produk minyak sawit dalam kategori 'terhad' yang memerlukan pengimport memohon lesen sebelum membuat pesanan.

Negara berkenaan mengimport minyak RBD dalam jumlah yang besar dari Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!