Guna kad UNHCR untuk melacur

Antara yang ditahan dalam operasi JIM di dua premis pelacuran di ibu negara, semalam.
Antara yang ditahan dalam operasi JIM di dua premis pelacuran di ibu negara, semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Berselindung di sebalik kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) untuk melacur antara taktik yang dibongkar Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam operasi di premis pelacuran di ibu negara, semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, operasi bermula jam 2.30 petang itu telah menggempur pusat urut di Bukit Bintang dan pusat spa serta refleksologi di Cheras sebelum menahan 36 warga asing.

"Dalam serbuan pertama di kawasan Bukit Bintang, seramai 10 wanita dan empat lelaki masing-masing dari Myanmar dan seorang lelaki warga Filipina yang disyaki bekerja tanpa pas yang sah ditahan.

"Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati kebanyakan tukang urut itu hanya mempunyai kad pelarian UNHCR.

"Selain itu, kita turut merampas wang tunai sebanyak RM770 yang disyaki kutipan hasil daripada aktiviti pelacuran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara yang ditahan dalam operasi JIM di dua premis pelacuran di ibu negara, semalam.
Antara yang ditahan dalam operasi JIM di dua premis pelacuran di ibu negara, semalam.

Beliau berkata, serbuan kedua di premis pelacuran yang berselindung di sebalik perniagaan refleksologi dan spa di dalam bangunan hotel tiga bintang pula berjaya menahan 21 wanita terdiri daripada 10 Vietnam, Indonesia (5), Thailand (4) dan Laos (2).

Katanya, siasatan mendapati bayaran bagi khidmat seks yang dikenakan adalah antara RM195 hingga RM220 bagi tempoh masa 45 minit.

Artikel Berkaitan:

"Sebanyak 10 Borang Imm.29 (Saman kepada Saksi) dikeluarkan di kedua-dua lokasi kepada penyelia dan juga pelanggan yang berada di dalam premis semasa serbuan bagi membantu siasatan lanjut," katanya.

Tegasnya, penyalahgunaan kad UNHCR bagi tujuan aktiviti yang tidak bermoral dan menyalahi undang-undang merupakan kesalahan yang sangat serius dan JIM akan mencadangkan supaya kad UNHCR mereka yang terlibat itu dibatalkan.

Kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan mengikut Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Antara yang ditahan dalam operasi JIM di dua premis pelacuran di ibu negara, semalam.
Antara yang ditahan dalam operasi JIM di dua premis pelacuran di ibu negara, semalam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!