KDN FC ikat Mior Dani

KDN FC mengikat pemain tengah, Mior Dani Armin bagi menghadapi saingan Liga Super musim ini.
KDN FC mengikat pemain tengah, Mior Dani Armin bagi menghadapi saingan Liga Super musim ini.
A
A
A

KELANTAN Darul Naim FC (KDN FC) terus memperkemaskan pasukan dengan mengikat pemain tengah Mior Dani Armin Mior Ariffen bagi menghadapi saingan Liga Super musim ini.

KDN FC dalam satu kenyataan berkata, pemain berkenaan bukanlah asing dengan peminat Kelantan kerana sebelum ini pernah beraksi dengan The Red Warriors (TRW) pada musim 2021.

"Melihat kepada pengalaman luas yang dimiliki oleh Mior Dani, KDN FC yakin dia mampu menjadi nilai tambah buat skuad Sang Kijang Emas," katanya.

Menurut kenyataan itu, Mior Dani akan memakai jersi bernombor 28 dalam saingan musim ini.

Katanya, berkemungkinan besar Mior Dani berpeluang membuat penampilan pertama pada aksi persahabatan pra musim sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu pada 3 Mei ini.

Sebelum ini Mior Dani pernah beraksi bersama Sri Pahang dan Kedah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!