WCK kembali operasi di Gaza

Sebilangan kakitangan dan sukarelawan WCK menyediakan bantuan makanan di Gaza. Foto X/World Central Kitchen
Sebilangan kakitangan dan sukarelawan WCK menyediakan bantuan makanan di Gaza. Foto X/World Central Kitchen
A
A
A

GAZA - World Central Kitchen (WCK) atau Dapur Pusat Dunia pada Selasa memaparkan beberapa gambar yang menunjukkan sebilangan kakitangan dan sukarelawan bekerja di Gaza.

WCK berkata, ia akan menyambung semula operasi di Semenanjung Gaza pada Isnin, sebulan selepas tujuh pekerja badan amal yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu terbunuh dalam serangan udara Israel.

Sebelum menghentikan operasi, WCK telah mengagihkan lebih daripada 43 juta makanan di Gaza sejak Oktober, mewakili 62 peratus daripada semua bantuan NGO antarabangsa dengan sendirinya.

Badan amal itu berkata, ia mempunyai 276 trak bersamaan dengan hampir 8 juta hidangan yang tersedia untuk masuk melalui Lintasan Rafah dan juga akan menghantar trak ke Gaza dari Jordan.

Kematian pada 1 April mencetuskan kecaman meluas dan tuntutan daripada sekutu Israel, termasuk AS untuk mendapatkan penjelasan.

Israel berkata, siasatannya mendapati berlaku kesilapan serius dan pelanggaran prosedur oleh tenteranya, sekali gus bertindak memecat dua pegawai kanan dan menegur komander kanan.

WCK bagaimanapun menuntut siasatan bebas. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!