Trak bawa tahanan, mayat ke Gaza bertindak sekat bantuan

Philippe Lazzarini
Philippe Lazzarini
A
A
A

GENEVA - Trak yang membawa mayat dan tahanan dari Israel kembali ke Gaza melalui persimpangan utama Kerem Shalom kerap menyekat penghantaran bantuan.

Ketua agensi PBB untuk pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini berkata, bekalan bantuan ke Gaza telah bertambah baik pada bulan April, namun masih berdepan beberapa masalah yang berterusan.

Ini termasuk penutupan laluan biasa lantaran Israel bertindak membuang tahanan yang dibebaskan atau kadangkala membuang mayat yang dibawa ke Israel atau ke dalam Gaza.

Jurucakap UNRWA, Juliette Touma berkata, Israel telah menghantar 225 mayat ke Gaza dalam tiga kontena sejak Disember yang kemudiannya diangkut oleh agensi PBB ke pihak berkuasa kesihatan tempatan untuk dikebumikan.

Tindakan itu telah menyebabkan penutupan laluan buat sementara waktu.

Beliau bagaimanapun tidak mempunyai butiran tentang keadaan kematian mereka dan berkata, ia bukan mandat UNRWA untuk menyiasat.

Kerem Shalom adalah salah satu daripada dua laluan yang dikatakan oleh PBB kini dibuka antara Gaza dan jirannya Mesir dan Israel.

Pihak berkuasa Palestin sebelum ini berkata, Israel telah memulangkan mayat dari konflik Israel-Hamas selepas mengesahkan mereka bukan tebusan. - Awani

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!