Ancaman gunung berapi Taal

Rumah penduduk di bandar Tagaytay di selatan Manila diselaputi debu tebal yang dibebaskan Taal pada Selasa lalu. - Foto Agensi
Rumah penduduk di bandar Tagaytay di selatan Manila diselaputi debu tebal yang dibebaskan Taal pada Selasa lalu. - Foto Agensi
A
A
A

LEMERY - Debu panas dimuntahkan gunung berapi Taal di Filipina dilaporkan semakin berkurangan hari ini namun gegaran berterusan menyebabkan rekahan di beberapa jalan di wilayah Batangas terletak lebih 65 kilometer di selatan ibu negara.

Ia sekali gus mencetuskan kebimbangan tentang kemungkinan akan berlaku letusan lebih besar pada gunung berapi kompleks yang mempunyai ketinggian 311 meter tersebut.

"Kami masih menganalisis perkembangan terbaharu ini," kata Ketua Pakar Penyelidikan Sains di Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs).

Menurutnya, tasik di Taal telah kering yang dijangkakan berlaku sejurus ia memuntahkan pancutan lava sehari selepas awan debu panas dibebaskan sehingga 15 kilometer ke permukaan udara pada Ahad lalu.

Data Phivolcs menunjukkan aktiviti vulkanik merosot kepada pelepasan wap yang lemah walaupun terdapat lebih 100 gegaran direkodkan sejak semalam yang menunjukkan magma masih meningkat.

Ketika ini, pasukan keselamatan bertindak mengepung kira-kira empat bandar di sepanjang atau berhampiran tasik di sekeliling pulau gunung berapi terbabit.

Langkah itu bagaimanapun mencetuskan kemarahan penduduk yang mahu mendapatkan barangan peribadi dan haiwan ternakan milik mereka walaupun zon larangan dalam lingkungan 14 kilometer masih berkuatkuasa.

Kebanyakan rumah dan kawasan pertanian musnah akibat dihujani debu panas yang dibebaskan Taal namun tiada kematian atau kecederaan serius dilaporkan dalam kejadian itu.

Artikel Berkaitan:

Sejak akhir minggu lalu, lebih 121,000 penduduk di wilayah Batangas telah dipindahkan ke 373 pusat penempatan sementara yang sesak dan memerlukan bantuan segera termasuk topeng muka, tandas mudah alih, botol air serta tikar untuk tidur. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!