Isu MB Perlis: Tidak jejas kempen, peluang PN rampas KKB
01 Mei 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 1 MEI 2024
Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang merakam keterangan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli tidak melunturkan semangat Perikatan Nasional (PN) untuk merampas Kuala Kubu Baharu (KKB) pada pilihan raya kecil (PRK), minggu depan, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali malah menegaskan, isu tersebut tidak sesekali memberi kesan atau menjejaskan gerak kerja kempen gabungan itu untuk memenangkan calonnya, Khairul Azhari Saut.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRKKualaKubuBaharu #KKB #IsuMBPerlis