Tomkraf kini berada di Pasaraya Kucing terbesar di Malaysia

Produk Tomkraf kini berada di Pasaraya Kucing terbesar di Malaysia bagi memudahkan komuniti pencinta kucing mendapatkan makanan kucing tinggi protein di pasaran.
Produk Tomkraf kini berada di Pasaraya Kucing terbesar di Malaysia bagi memudahkan komuniti pencinta kucing mendapatkan makanan kucing tinggi protein di pasaran.
A
A
A

PRODUK makanan kucing buatan Malaysia, Tomkraf kini memasuki pasaran tempatan di Pasaraya Kucing terbesar yang berada di negara ini sejak 18 April lalu.

Pengurus Pembangunan Perniagaan Tomkraf, Nurul Husna Azmi berkata, inisiatif permulaan itu diutamakan bagi komuniti yang meminati haiwan peliharaan tersebut untuk mendapatkan makanan kucing dengan mudah.

“Pasaraya Kucing ini diiktiraf sebagai pasar raya untuk kucing yang terbesar di Malaysia dan mereka juga mempunyai cawangan di tempat lain.

“Bagi kami dengan usaha sama ini, Tomkraf menyediakan akses dan kemudahan kepada pelanggan supaya cepat serta mudah mendapatkan makanan kucing.

“Kehadiran Tomkraf dalam pasar raya ini membuktikan produk kami mendapat kepercayaan dan sokongan daripada pemain utama industri ini, sekali gus memberi keyakinan kepada pelanggan untuk membuat pilihan tepat,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, Tomkraf turut menjalankan promosi sempena kemasukan produk tersebut di pasar raya berkenaan iaitu pembelian satu pek makanan kucing akan membawa pulang satu lagi pek secara percuma.

Chew Chert Fong (dua dari kiri) bersama Pengarah Pasaraya Kucing, Datin Felicia Cheng Yee Ling (tengah) dan Nurul Husna (dua dari kanan).
Chew Chert Fong (dua dari kiri) bersama Pengarah Pasaraya Kucing, Datin Felicia Cheng Yee Ling (tengah) dan Nurul Husna (dua dari kanan).

Tempoh kempen beli satu percuma satu itu hanya sebulan bermula 19 April sehingga 19 Mei ini.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Nurul Husna berkata, bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan makanan kucing tersebut adalah 100 peratus buatan Malaysia.

“Produk keluaran Kumpulan Karangkraf ini dipercayai orang ramai dan Tomkraf antara inisiatif syarikat untuk melebarkan sayap ke industri runcit atau makanan dan minuman.

“Pembungkusan Tomkraf sangat mudah kerana ia dilengkapkan dengan kunci zip yang mampu mengekalkan keaslian dan kesegaran makanan kucing.

“Harga mampu milik juga merupakan salah satu keistimewaan Tomkraf. Harga bagi keahlian Pasaraya Kucing hanya RM17.90, manakala harga asalnya tidak jauh berbeza iaitu RM20 sahaja,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pasaraya Kucing, Datuk Chew Chert Fong berkata, kehadiran Tomkraf di pasar raya itu memberi kelebihan kepada pengguna untuk mencuba produk baharu buatan Malaysia.

Menurutnya, pembukaan pasar raya tersebut bermula 1995 dan diiktiraf pasar raya kucing terbesar dalam Malaysia Book of Records 2023, malah turut memiliki cawangan lain di Melaka.

“Pasaran ini memang akan sentiasa mendapat perhatian dan semakin besar kerana permintaan makanan kucing sangat tinggi walaupun ekonomi sekarang agak perlahan.

“Kita yakin untuk membuka cawangan lagi di Kota Damansara hujung Julai ini kerana kehadiran makanan kucing buatan Malaysia ini akan memajukan lagi industri tersebut,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!