19 maut lebuh raya runtuh di Guangdong, China

Pasukan penyelamat melakukan kerja-kerja pembersihan di tapak gua masuk di bahagian Lebuhraya Meizhou-Dabu yang runtuh di Meizhou, Wilayah Guangdong, selatan China. - Foto: Xinhua
Pasukan penyelamat melakukan kerja-kerja pembersihan di tapak gua masuk di bahagian Lebuhraya Meizhou-Dabu yang runtuh di Meizhou, Wilayah Guangdong, selatan China. - Foto: Xinhua
A
A
A

GUANGZHOU - Sembilan belas orang disahkan terkorban selepas sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China, runtuh pada awal pagi Rabu, kata pihak berkuasa tempatan.

Sebanyak 18 kenderaan terperangkap dalam runtuhan itu, lapor Xinhua.

Seramai 30 mangsa diberi rawatan di hospital dan berada dalam keadaan stabil,” kata pihak berkuasa di bandar Meizhou.

Kejadian berlaku kira-kira 2.10 pagi di sebahagian Lebuhraya Meizhou-Dabu di Meizhou. Kawasan runtuhan berukuran 184.3 meter persegi, menurut kerajaan Meizhou.

Lebih 500 orang terlibat dalam operasi menyelamat itu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh selepas sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China runtuh, lapor media pemerintah hari ini. Penyiar tempatan, CCTV melaporkan, lebuh raya di antara bandar Meizhou dan daerah Dabu di wilayah berkenaan runtuh sekitar pukul 2.10 pagi (waktu tempatan). Rakaman video dimuat naik di media sosial oleh saluran berita tempatan menunjukkan api dan asap keluar dari sebuah lubang gelap yang dalam serta beberapa kenderaan dilihat menjunam. Muzik: Lance Conrad - Softhearted Indentity dari Bensound.com #SinarHarian #SinarTerkini #VideoViral #China

Artikel Berkaitan:

original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!