20,000kg baja subsidi dirampas, dua suspek ditahan

Anggota KPDN menunjukkan hasil rampasan Batalion 7 PGA Kuantan yang berjaya merampas 20,000kg baja subsidi selepas menahan dua lelaki di hadapan Uptown Medan Warisan di Kuala Krai pada Ahad.
Anggota KPDN menunjukkan hasil rampasan Batalion 7 PGA Kuantan yang berjaya merampas 20,000kg baja subsidi selepas menahan dua lelaki di hadapan Uptown Medan Warisan di Kuala Krai pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan merampas 20,000 kilogram (kg) baja sebatian subsidi selepas menahan dua lelaki di hadapan Uptown Medan Warisan di Kuala Krai pada Ahad.

Dalam serbuan jam 6.30 petang itu, kedua-dua lelaki yang berusia 31 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, bertindak atas maklumat penyelewengan baja bersubsidi, sepasukan pegawai bersama anggota Cawangan Risik dan Martak Lubok Setol Batalion 7 PGA, Kuantan dengan dibantu anggota MPV KN 156 telah berjaya menahan dua buah lori jenis Isuzu dan Hicom.

"Hasil pemeriksaan terhadap muatan lori tersebut telah menjumpai 20,000kg baja sebatian dan suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan muatan yang dibawa.

"Anggaran nilai rampasan RM400,000," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Menurut beliau, kesemua barang kes dirampas dan bawa ke Martak Lubok Setol untuk tindakan lanjut.

Ujarnya, tangkapan dan rampasan akan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan untuk tindakan selanjutnya.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!