Jalan Kuantan-Segamat Seksyen 102 dibuka semula

Jambatan Bailey di Seksyen 102, Jalan Kuantan-Segamat yang ditutup pada 29 April lalu dibuka sepenuhnya bermula jam 4 petang Rabu. Foto Pahang Media
Jambatan Bailey di Seksyen 102, Jalan Kuantan-Segamat yang ditutup pada 29 April lalu dibuka sepenuhnya bermula jam 4 petang Rabu. Foto Pahang Media
A
A
A

KUANTAN - Jambatan bailey di Jalan Kuantan-Segamat Seksyen 102 berhampiran kawasan burung unta yang ditutup pada 29 April lalu bagi tujuan penyelenggaraan dibuka sepenuhnya bermula jam 4 petang Rabu.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Pekan melalui Facebook rasminya memaklumkan, kerja-kerja penyelenggaraan jalan di jambatan bailey itu telah siap sepenuhnya dan dibuka kepada kepada pengguna jalan raya.

Menurut kenyataan itu, laluan terbabit dibuka dua hala kepada kenderaan dengan had muatan tidak melebihi 20 tan.

"Pengguna dinasihatkan agar berhati-hati ketika melalui laluan berkenaan dan sentiasa mematuhi arahan papan tanda yang disediakan," kata kenyataan itu.

Notis pembukaan semula Jalan Kuantan-Segamat Seksyen 102 yang dikongsi melalui Facebook JKR Pekan pada Rabu.
Notis pembukaan semula Jalan Kuantan-Segamat Seksyen 102 yang dikongsi melalui Facebook JKR Pekan pada Rabu.

Jambatan tersebut sebelum ini ditutup sepenuhnya ekoran berlaku kerosakan pada plat keluli jambatan bailey akibat kenderaan berat.

Masalah itu menyebabkan berlaku kesesakan trafik di kawasan tersebut pada perayaan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Jambatan bailey sepanjang 30.48 meter itu dibina berikutan berlaku mendapan tanah di laluan terbabit pada 7 Januari lalu sehingga menyebabkan laluan terputus.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!