7 nelayan asing ditahan, dua bot dirampas

Empat nelayan Myanmar ditahan pada 18 April lalu kerana pelbagai kesalahan.
Empat nelayan Myanmar ditahan pada 18 April lalu kerana pelbagai kesalahan.
A
A
A

GEORGE TOWN - Tiga nelayan warga Kemboja ditahan kerana tiada kebenaran untuk bekerja di atas sebuah bot nelayan tempatan pada 12.37 tengah hari Selasa.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang, Kepten Maritim Razali Kasim berkata, ketiga-tiga nelayan warga asing berusia lingkungan 26 hingga 38 tahun itu ditahan di Pulau Kendi.

"Dalam rondaan kapal Maritim semalam, kita mengesan sebuah bot nelayan tempatan bergerak dalam keadaan mencurigakan di kedudukan 30 batu nautika barat daya Pulau Kendi.

"Sehubungan itu, kita menahan bot berkenaan bagi tujuan pemeriksaan dan penggeledahan. Hasilnya mendapati, bot berkenaan menggunakan pukat tunda yang dikendalikan oleh tiga nelayan warga Kemboja," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Bot nelayan tempatan yang dinaiki empat nelayan Myanmar disita untuk siasatan lanjut.
Bot nelayan tempatan yang dinaiki empat nelayan Myanmar disita untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, selain tiada kebenaran bekerja, dua daripada mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

"Pemeriksaan juga mendapati, seorang nelayan sahaja mempamerkan dokumen pengenalan diri yang sah manakala dua lagi gagal berbuat demikian.

"Bot itu juga gagal mempamerkan surat kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia untuk bekerja di atas bot berkenaan," tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, di lokasi yang sama, Maritim Malaysia Pulau Pinang telah memeriksa sebuah bot nelayan tempatan kelas C dan menahan empat nelayan warga Myanmar.

Tiga nelayan Kemboja ditahan kerana tiada kebenaran untuk bekerja di atas bot nelayan tempatan pada tengah hari Selasa.
Tiga nelayan Kemboja ditahan kerana tiada kebenaran untuk bekerja di atas bot nelayan tempatan pada tengah hari Selasa.

Razali berkata, keempat-empat nelayan berusia lingkungan 34 hingga 56 tahun itu ditahan pada 18 April lalu di Pulau Kendi.

"Bot itu ditahan kerana pelbagai kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

"Kesemua nelayan, bot serta hasil tangkapan yang dianggarkan seberat 4,300 kilogram ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.

Bot yang dinaiki tiga nelayan asing itu juga disita untuk siasatan lanjut.
Bot yang dinaiki tiga nelayan asing itu juga disita untuk siasatan lanjut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!