Kapal Layar Tradisional Cina 'Fu Ning'

A
A
A
Kapal Layar Tradisional Cina 'Fu Ning' yang terbesar di dunia berlabuh di perairan Melaka selama tujuh hari bermula hari ini, pada majlis menyambut ketibaan kapal layar berkenaan di Pelabuhan Tanjung Bruas di sini.

Kapal layar berukuran 41.6 meter (m) panjang, 12m lebar dan mempunyai ketinggian tiang utama 29m itu membawa sembilan kru dan 12 penumpang.

Pembinaan Kapal Fu Ning adalah sebagai sebahagian daripada aspirasi pemilik kapal Lin Chang Jiu untuk menghormati pencapaian Laksamana Cheng Ho dan menjejaki semula laluannya di sepanjang Jalan Sutera Maritim.

Kapal itu, yang memulakan pelayarannya dari Huangpu di Guangzhou, China, pada 31 Januari, sebelum ini berlabuh di One15 Marina, Sentosa Cove, Singapura, sempena Festival Kapal Layar Singapura sebelum berlabuh di Melaka hari ini dan ia boleh membawa sehingga 42 orang pada satu-satu masa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Tinjauan Cuti Perayaan

No Image Caption
GALERI

Pulang Bercuti

No Image Caption
GALERI

Koleksi Kupu-kupu

No Image Caption
GALERI

Runtuhan tebing Sungai Kelantan