Lelaki Turkiye nyaris maut akibat kelalaian doktor

Gambar sinaran X menunjukkan implan gigi hampir menembusi rongga otak. Agensi
Gambar sinaran X menunjukkan implan gigi hampir menembusi rongga otak. Agensi
A
A
A

ANKARA - Seorang lelaki Turkiye nyaris maut selepas skru implan giginya didapati hampir menembusi ke rongga otaknya semasa menjalani pembedahan mencabut gigi di sebuah klinik swasta.

Oddity Central melaporkan, Ramazan Yilmaz, 40, pergi ke sebuah klinik terletak di bandar Bursa selepas mengalami sakit gigi yang serius.

Doktor yang memeriksanya memberitahu dia mempunyai gigi longgar yang perlu dicabut segera dan menggantikan gigi itu dengan implan baharu.

Atas nasihat doktor itu, bapa kepada dua anak telah bersetuju menjalani prosedur pergigian dengan mencabut beberapa giginya pada hari sama.

Kemudian, Ramazan mendengar doktor memberitahu pembantunya bahawa alat digunakan memasuki implan ke dalam tulang didapati tidak berfungsi dengan baik dan melakukannya secara manual sehingga menembusi tulang rahangnya.

"Semasa meletakkan skru, saya mendapati dia melakukan tekanan berlebihan sehingga terdengar bunyi tulang retak.

"Bagaimanapun, dia meyakinkan saya dengan mengatakan ia adalah perkara biasa," katanya.

Akibatnya, Ramazan meraung akibat mengalami kesakitan teruk.

Artikel Berkaitan:

Kemudian, dia dihantar ke hospital tempatan dan terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan implan berkenaan.

Lelaki itu turut dilaporkan berkata, dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap doktor itu. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!