Ketagihan songsang perlu rawatan pakar

Ketagihan melampau akan mengganggu kesihatan mental sehingga berisiko melakukan jenayah seksual terhadap orang lain. (Foto hiasan)
Ketagihan melampau akan mengganggu kesihatan mental sehingga berisiko melakukan jenayah seksual terhadap orang lain. (Foto hiasan)
A
A
A

SHAH ALAM - Keinginan untuk melakukan jenayah seksual songsang didorong oleh masalah mental seperti kemurungan, tekanan perasaan dan sering merasa resah sehingga sukar mengawal diri serta emosi.

Pembantu Profesor di Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Kuliyyah Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Hijaz Ridzwan berkata, individu berkenaan perlu mendapatkan rawatan dan bantuan pakar.

“Walaupun tiada rawatan khusus dan pengambilan ubat tetapi dengan terapi berterusan dapat membantu seseorang itu daripada terus melakukan jenayah songsang.

“Ketagihan melampau akan mengganggu kesihatan mental sehingga berisiko melakukan jenayah seksual terhadap orang lain,” katanya.

Ujar Hijaz, faktor psikologi, bahan pornografi dan persekitaran akan membentuk keinginan melakukan seksual songsang termasuk terhadap remaja dan kanak-kanak.

“Mereka yang pernah menjadi mangsa jenayah seksual songsang berkemungkinan mempunyai kecenderungan untuk melakukan perkara sama kepada orang lain.

“Keadaan bertambah buruk sekiranya pelaku didedahkan dengan filem-filem pornografi sehingga meninggalkan trauma yang mendalam.

“Akhirnya membentuk diri mereka untuk lebih cenderung melakukan perkara sama terhadap kanak-kanak atau remaja lain,” kongsinya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!