Borussia Dortmund buat PSG terkedu

Fuellkrug pencetak gol tunggal aksi Dortmund-PSG di Signal Iduna Park.
Fuellkrug pencetak gol tunggal aksi Dortmund-PSG di Signal Iduna Park.
A
A
A

PEMAIN Borussia Dortmund, Niclas Fuellkrug memastikan satu gol mengiringi gergasi Bundesliga Jerman itu bagi aksi timbal balik kedua selepas menang tipis 1-0 ke atas Paris Saint-Germain (PSG) dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Signal Iduna Park.

Jaringan dijanakan gerakan Nico Schlotterbeck yang melayangkan hantaran ke laluan Fuellkrug menyaksikan penyerang itu mengawal bola dengan sempurna sebelum melakukan rembatan rendah melepasi penjaga gol Gianluigi Donnarumma pada minit ke-36.

PSG, yang baru dinobatkan sebagai juara Ligue 1 Perancis terdesak memenangi trofi Liga Juara-Juara pertama, mendapati sukar menembusi pertahanan Jerman yang berdisiplin terutamanya separuh masa pertama menyaksikan pergerakkan penyerang sensasi Kylian Mbappe dineutralkan.

Perlawanan timbal balik dijadualkan berlangsung di Stadium Parc des Princes Paris Rabu depan, pemenang perlawanan akan menentang sama ada Bayern Munich atau Real Madrid yang seri 2-2 pada perlawanan pertama mereka di Jerman, pada perlawanan akhir di Wembley.

“Ia adalah kemenangan yang wajar, prestasi pasukan yang baik. Kami boleh menjaringkan lebih banyak gol, tetapi begitu juga mereka.

"Sebab itu keputusannya OK dari pandangan saya. Kami banyak berlari, tetapi itu perlu dalam permainan seperti ini."

"Anda perlu mendapatkan laluan anda ke Wembley. Apa yang kami perlukan sekarang ialah keputusan seri pada perlawanan kedua, tetapi kami juga mahu menang minggu depan," kata jurulatih Dortmund, Edin Terzic.

Sebagai rekod Dortmund pemenang pada 1997, kali terakhir berada di pentas perlawanan akhir pada 2013.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!