PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PRM nafi jadi proksi mana-mana parti

Hafizah (dua dari kanan) ketika hari penamaan calon pada Sabtu lalu.
Hafizah (dua dari kanan) ketika hari penamaan calon pada Sabtu lalu.
A
A
A

HULU SELANGOR - Calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Hafizah Zainuddin menafikan menjadi proksi mana-mana parti politik bagi memecah undi di kerusi berkenaan.

Ini kerana, partinya tidak pernah menyertai sebarang gabungan dan mengikut telunjuk parti politik yang ada di negara ini.

"Penyertaan saya yang mewakili PRM dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini adalah untuk membela rakyat.

"Kami ada manifesto kami sendiri dan cita-cita kami untuk rakyat, agama dan tanah air (RATA)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pembabitan PRM pada PRK kali ini bertujuan untuk memecah undi.

Sementara itu, ditanya mengenai kempen yang berjalan hampir seminggu, Hafizah berkata, rata-rata pengundi di kawasan tersebut memberi respons positif terhadapnya.

HAFIZAH
HAFIZAH

"Mereka memahami tujuan kami berada dalam kancah politik dan tujuan PRM menyertai pilihan raya ini.

Artikel Berkaitan:

"Jadi, kami akan terus berusaha memberi pemahaman secara menyeluruh bagi menarik lebih ramai pengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab pada 11 Mei nanti," katanya.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Perikatan Nasional (PN), PH, PRM dan bebas.

PH yang mewakili Kerajaan Perpaduan mempertaruhkan Pang Sock Tao, PN pula diwakili Khairul Azhari Saut dan Nyau Ke Xin mewakili Bebas.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!