Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Papagomo didakwa hasut undang kebencian terhadap Agong

A
A
A
BERITA SEMASA 2 MEI 2024

Blogger kontroversi, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan membuat kenyataan menghasut yang mendatangkan kebencian kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Bagaimanapun, Papagomo mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, dia yang juga bekas Exco Pemuda UMNO didakwa membuat penerbitan menghasut menerusi aplikasi X 'Sir Azri' di sebuah kondominium di Bukit Bintang di sini, jam 12 tengah hari, Isnin lalu.

Pendakwaan mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662437/berita/semasa/papagomo-didakwa-hasut-undang-kebencian-terhadap-agong

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Papagomo #WanMuhammadAzri #YDPA