Colombia putus hubungan bersama Israel

Petro merupakan pengkritik lantang kempen ketenteraan dilancarkan rejim Zionis ke atas Genting Gaza. Foto Agensi
Petro merupakan pengkritik lantang kempen ketenteraan dilancarkan rejim Zionis ke atas Genting Gaza. Foto Agensi
A
A
A

BOGOTA - Presiden Colombia, Gustavo Petro pada Rabu mengumumkan negara Amerika Selatan itu memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel kerana melancarkan perang genosid ke atas Genting Gaza.

Menurut pengkritik lantang kempen ketenteraan ganas rejim Zionis yang dilancarkan ke atas Hamas tersebut, langkah tegas itu akan berkuat kuasa pada Khamis.

“Jika Palestin 'mati', kemanusiaan juga akan 'mati'. Dunia tidak boleh menerima tindakan pembunuhan beramai-ramai ini,” tegas Petro yang disambut sorakan penyokong pro-Palestin.

Hamas dalam satu kenyataan turut memuji langkah Bogota yang disifatkan sebagai 'kemenangan'.

“Kami amat menghargai pendirian Presiden Colombia yang menyokong perjuangan dan pengorbanan penduduk Palestin dalam menghadapi kezaliman Israel,” ujar gerakan yang mempertahankan bumi Gaza itu.

Pada Februari lalu, Petro yang menentang keras perang ganas itu menggantung pembelian senjata Israel susulan pembunuhan kejam ke atas penduduk Gaza yang menunggu ketibaan bantuan kemanusiaan. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!